Menilai bahan penukar pemangkin yang terpakai secara adil merupakan salah satu cabaran yang cukup besar. Pada pandangan pertama, nilainya sukar dilihat dari luaran.

Katalog dalam talian kami, mengandungi lebih daripada 20,000 jenis penukar pemangkin, merupakan salah satu pengkalan data yang paling lengkap di pasaran, mewujudkan ketelusan yang diperlukan dalam pemangkin terpakai. Penjualan pemangkin terpakai menjadi lebih mudah dan rangkaian ejen global kami akan memastikan perkhidmatan kepada pelanggan, walau di mana sahaja mereka berada dengan lebih tepat dan menjimatkan kos.

catalyst collection process

Sebagai pembeli pemangkin sekerap, kami akan kongsikan kepada anda bahawa 95% penukar pemangkin sekerap mempunyai permukaan reaktif yang mengandungi bahan logam berharga iaitu platinum, paladium atau rhodium. Ecotrade mempunyai kepakaran dan pengetahuan teknikal yang mendalam di mana dapat memaksimumkan pembaharuan logam yang berharga melalui proses kitar semula.

Ketelusan dan kepercayaan adalah perkara terpenting dalam industri ini, oleh itu kami telah mewujudkan katalog yang membolehkan anda untuk memeriksa harga pembelian yang kami tawarkan untuk setiap penukar pemangkin yang terpakai. Anda boleh menyaksikan proses pembelian dengan senang.

Berdasarkan pada lokasi anda, kami mencadangkan slot yang berbeza untuk pengambilan barang anda. Setelah melakukan penilaian dan pembayaran untuk pemangkin terpakai anda, kami akan menyediakan dokumen yang anda perlukan.

Sekiranya kami tidak dapat menyediakan perkhidmatan pengambilan barang, kami akan melantik ejen kami untuk mengambil bahan anda atau anda boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran untuk kuantiti yang kecil.

Ketelusan dan pengalaman:

  • Menyusun dan menilai di lokasi kami
  • Mempunyai katalog yang lengkap
  • Pembayaran semasa pengambilan

Liputan Kawasan Pengambilan:

  • Asia     :Thailand, Malaysia, Cambodia, Vietnam, Laos, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura, Hong Kong
  • Eropah: Perancis, Jerman, Greece
  • Afrika: Afrika Selatan
  • Afrika Tengah: Mexico
  • Afrika Selatan: Brazil, Paraguay

Hubungi kami untuk pengambilan