Tentukan Nilai PENUKAR PEMANGKIN ANDA

Katalog dalam talian kami membolehkan anda menganggarkan nilai penukar pemangkin yang lama, anda juga boleh menggunakan aplikasi mudah alih kami untuk menentukan nilai penukar pemangkin anda.

Harga bergantung pada kandungan  logam berharga dan berdasarkan 100% pemangkin yang terisi.

Harga kami dikemas kini setiap hari untuk menunjukkan nilai material,setelah anda bersetuju dengan harga pembelian, anda boleh menghantar troli dan meneruskan penghantaran.

Sekiranya anda tidak jumpa penukar pemangkin dalam pengkalan data kami, hubungi kami untuk mendapatkan harga secara manual dengan menghantar 2 gambar yang diperlukan.

Pek bahan anda dengan selamat

Potong di tepi atau tolak ke dalam dan elakkan monolit daripada pecah di dalam pelindung logam

Balut dengan kemas untuk mengelakkan potensi bahan keluar dan masukkan ke dalam kotak yang sesuai

Cetakkan rujukan Cart pada kertas dan letakkan bersama di bungkusan di mana-mana syarikat penghantaran tempatan.

ECOTRADE GROUP (MALAYSIA) SDN BHD
No.12  Jalan Ch Light Industries 2A
71700  Pajam, MALAYSIA

Harap maklum bahawa anda perlu menanggung kos penghantaran walau di mana sahaja anda berada.

Resit dan Pembayaran

Setelah barang anda smpai di kilang kami di Malaysia, ia akan diproses dalam masa 3 hari standard pemprosesan.

Selepas itu, anda akan menerima e-mel pengesahan pemprosesan bahan, kami akan membuat pembayaran dalam masa sehari melalui pindahan Bank.

Oleh itu, pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun anda antara 2 hari waktu bekerja bergantung pada polisi bank anda.

Mengapa kitar semula dengan Ecotrade?

Kami adalah peneraju utama dalam mengitar semula sisa pemangkin, kami memperolehi banyak kepakaran dalam industri kitar semula dan mempunyai reputasi yang kukuh untuk profesionalisme, kejujuran dan ketelusan kami. Tidak kira di mana sahaja anda tinggal di dunia ini, Ecotrade akan mengitar semula pemangkin anda dan memberi perkhidmatan yang terbaik.

3 langkah penghantaran:

  • Cipta cart anda dengan katalog dalam talian kami
  • Bungkus dan hantarkan bahan anda ke dalam kotak yang sesuai
  • Dapatkan pembayaran anda setelah penilaian daripada kami

Pertanyaan selanjutnya?